Saturday 26 March 2011

PERINGATAN DAN PERINGATI

Terselak aku pada sebuah kitab haditz (yang aku pon jarang bace sebenanya) 
ada sebaris ayat didalam Al-Quran mengatakan:

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan 
kerana sesungguhnya peringatanitu memberi 
faedah kepada orang yang beriman"
(az-zariyat:55)

Para mufassir menyatakan bahawa maksud ayat ini ialah memberi peringatan (BERDAKWAH)
dengan membacakan ayat-ayat AL-Quran.
Manfaatnya kepada orang mukmin sememangnya jelas.
Malah dengan cara tersebut manfaat akan di peroleh oleh orang kafir
juga kerana insyallah, dengan sebab itu mereka menjadi orang yang beriman
dan akan menjadi sebahagian daripada orang yang dimaksudkan dalam ayat di atas.
Manfaat DAKWAH melalui ceramah dan 
nasihat pada zaman kita ini sudah hampir luput.
Secara umumnya, maksud ceramah untuk
 menunjukan kelancaan lidah
supaya mendapat pujian daripada para pendengar.


Sedangkan Nabi S.A.W telah bersabda,

"sesiapa yang mempelajari ilmu pidato untuk menarik perhatian
manusia kepada dirinya maka pada hari kiamat nanti ibadahnya,
sama ada yang fardu mahupun yang sunat, tidak akan diterima"

(dipetik dari kitab at-Targhib, haditz riwayat Tirmizi
 dan demikian juga diriwayatkan oleh Abu Daud.)

p\s: Pentingnya niat ketika membuat sesuatu apatah lagi ketika berdakwah.
jika ia bukan kerana Allah semata mata
kerugian besar yang akan kita perolehi.

Buatlah sesuatu kerana Allah
bila kite niat kerana Allah insya-Allah
kite takkan melakukan pekara-pekara 
yang x elok atau sia-sia..

No comments:

Post a Comment